Selasa, 23 Mei 2017

KEPUTUSAN EgTukar JUN 2017

Keputusan egtukar Jun 2017 merupakan berita yang paling ditunggu oleh mereka yang memohon sesi pertukaran untuk 2017 ini. Bagi tahun 2017 ini ia agak bebeza dengan egtukar yang sebelum ini, kerana pada tahun ini Permohonan Egtukar hanya dibuka sekali di awal tahun tetapi ia sah untuk semakan sehingga hujung tahun.
keputusan egtukar jun 2017


Ini bermakna sekiranya anda menyemak keputusan egtukar bagi 2017 ini, dan anda mendapati anda gagal, anda sebenarnya masih mempunyai peluang kedua untuk sesi pertukaran hujung tahun.

Bilakah keputusan egtukar Jun 2017 akan keluar?
Bilakah tarikh keputusan egtukar 2017?
Benarkah keputusan egtukar 2017 akan keluar pada 22 Mei 2017 ini?


Pelbagai persoalan timbul pada hari ini, memandangkan keputusan egtukar antara negeri masih belum boleh disemak di laman web egtukar. Masih belum ada lagi pengumuman dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan tarikh keluar keputusan egtukar sesi Jun 2017 ini.

Ramai yang secara personal bertanya pada admin, bila keputusan akan diumumkan. Sebenarnya, mengikut rangka kerja jadual keputusan egtukar akan diumumkan adalah pada 22 Mei 2017, namun disebab beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan tarikh semakan terpaksa ditunda ke hari lain.

Penyelarasan dan semakan perlu dilakukan agar pihak bahagian yang bertanggung jawab dalam mengurus pertukaran guru dapat melakukannya yang terbaik. Memang ramai yang berharap agar pertukaran kali ini berjaya, antara signal awal yang diberi oleh Menteri Pendidikan yang mahu mendekatkan pasangan yang berjauhan agar dapat menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa.

Bagaimana Cara Untuk Menyemak Keputusan eGtukar?

Semakan egtukar boleh dilakulan di Laman Web egtukar iaitu: epgo.moe.gov.my

Anda perlu log masuk seperti biasa, seperti anda membuat permohonan egtukar sebelum ini, oleh itu ia memerlukan:
Id Pengguna:
Kata Laluan:
No Kad Pengenalan:

ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sama seperti eoperasi.

Bagaimana pula jika terlupa kata laluan egtukar?
Sekiranya anda terlupa kata laluan egtukar anda, anda boleh menggunakan Single Sign On (SSO), iaitu satu login id yang membolehkan anda membuka semua aplikasi KPM termasuk egtukar. Jika tidak tahu kata laluan SSO ini anda boleh semaknya dengan guru data sekolah anda.

Semakan pertama egtukar biasanya akan mengumumkan status permohonan sama ada lulus atau gagal. Manakala, beberapa hari selepas itu barulah Nama Daerah atau Sekolah tempat anda ditempatkan akan dipaparkan. Anda tidak dibenarkan untuk menolak keputusan yang telah diumum, perlu akur dengan arahan pertukaran.

Sekiranya anda gagal, bolehkah membuat rayuan? Tahun 2017 ini mungkin agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, sekiranya anda gagal egtukar sesi Jun ini, anda dinasihatkan membuat rayuan agar semakan semula dibuat, mungkin anda tidak dapat pada sesi Jun, tetapi akan dapat pada sesi disember, iaitu untuk sesi persekolahan tahun depan.

Keputusan egtukar biasanya akan keluar sebelum bermulanya penggal ke dua persekolahan, oleh itu jangkaan tarikh 25 - 30 Mei 2017 ini. Boleh jadi juga lebih awal dari tarikh ini. Buat masa ini, untuk mengetahui Tarikh Keputusan eGtukar Jun 2017 yang tepat adalah melalui pengumuman di Laman Web Sistem Pertukaran Guru Atas Talian sahaja.

Diharapkan keputusan yang keluar dapat memberikan kita kelegaan, jika gagal jangan berputus asa. Ada hikmah yang kita tidak nampak di sebalik perancangan Allah ini.

Admin mendoakan keputusan egtukar jun 2017 ini yang terbaik buat anda. Doakan juga Admin berjaya.. Amin..


(Jangkaan 27 Mei 2017)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan