Khamis, 20 April 2017

DOWNLOAD | KOLEKSI MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN [ LDK ]

Sebagai permulaan kebiasaannya kita akan buat Ice Breaking, apakah maksud ice breaking ini? Ice Breaking ini sebenarnya aktiviti sesi pengenalan, memisahkan 'geng' yang sudah biasa, untuk masuk ke dalam kumpulan lain. 

Maklumlah kadang-kadang mereka ini nak 1 kumpulan dengan Geng dia sahaja, bila Fasilitator pecahkan barulah kita dapat tengok kepelbagaian, dan ukhwah terjalin. 

Contoh Ice-Breaking:
Semua peserta berhimpun untuk mendengar taklimat awal dari Ketua Fasilitator, selaku Fasilitator ‘Ice-Breaking’ akan membuat pembahagian kumpulan mengikut Bulan Kelahiran, peserta akan berkumpul mencari ahli kumpulan mereka tanpa menggunakan suara.

Setelah peserta berjaya mencari kumpulan mereka, kita akan dapat melihat beberapa kumpulan berjaya dibentuk, sekiranya ada kumpulan yang terlalu ramai fasilitator boleh keluarkan untuk masuk ke kumpulan lain.

Ini sekadar contoh sahaja, di bawah nanti anda boleh muat turun Koleksi Modul LDK, anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kelompok peserta anda.


Ada pelbagai modul aktiviti LDK yang menarik dan boleh disesuaikan mengikut program dan peringkat umur. Di kesempatan ini admin ingin kongsikan Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang boleh digunakan oleh Fasilitator untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.

Semoga dengan perkongsian Modul LDK ini dapat membantu serba sedikit dalam melancarkan lagi perjalanan program. Sekiranya anda tidak dapat Muat Turun Modul Ldk Fasilitator ini, anda boleh pm kami dengan menaip 'Modul LDK'

1 ulasan: