Khamis, 13 April 2017

Cara Mudah Dapatkan Semula Fail Hilang Dalam Pendrive

Fail dalam USB @ Pendrive Anda Hilang?? Apa masalahnya?

Jom Baca Cara Mudah Dapatkan Semula Fail Hilang di Pendrive oleh Cikgu Idris
Anda ingin membuka dokumen anda di dalam USB Drive tetapi anda dapati ianya KOSONG


Mana fail-failku? properties menunjukkan hanya ada fail bersaiz 1.30 KB sahaja.

Bila check di sini, lain pulak ceritanya...


Sepatutnya ada 1.52 GB fail dalam pen drive ni...


Apa perlu dibuat?

Langkah 1

1) Semak direktori pen drive anda. Klik seperti di bawah.
2) Direktori pen drive anda ialah F:

 

Langkah 2

1) Klik Search
2) Taipkan cmd
3) Klik Command Prompt


Langkah 3

Taipkan attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan tekan Enter

F di atas mewakili direktori pen drive kita tadi. Kalau direktori pen drive anda ialah G: maka tukarkan sahaja F kepada G



Selepas itu, insya Allah fail-fail anda akan kembali menghiasi ruangan dalam pen drive anda...heheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan