Selasa, 14 Mac 2017

Panduan Dan Contoh Penulisan Refleksi RPH Pembelajaran Abad Ke 21

Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:
🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini
🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P
🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari
🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif
🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target
🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran
Refleksi bagi murid yang tidak menguasai objektif pdp...
📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran
📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran
📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran
📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran
📖 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya
📖 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa
📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas
📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru
📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas
📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah
📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan
📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.

Semoga perkongsian ini membantu semua guru dalam menjalankan rutin hari menulis RPH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan