Isnin, 31 Oktober 2016

DOWNLOAD | SAPS NKRA | MUDAHKAN ANDA MASUKKAN MARKAH UJIAN

Memandangkan kita dah menghampiri penghujung sesi persekolahan, dan boleh dikatakan ketika ini Peperiksaan Akhir Tahun sedang berjalan dikebanyakan sekolah.

Guru-guru pula kini mungkin sedang sibuk menanda kertas soalan, maklumlah kadang-kadang tanda sampai 10 kelas, 1 kelas pula hampir 40 orang. Memang tak tidur malam lah jawabnya..

Selepas siap menanda kertas soalan, guru-guru akan memasukkan markah ujian ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

Waktu ini ramai yang terpaksa berjaga malam untuk memasukkan markah. SAPS ini telah dibuka sekarang, jadi kalau sudah siap menyemak kertas soalan, eloklah terus isi secepat mungkin, kalau di penghujung nanti dibimbangi berlaku kesesakan.

Bagi memudahkan lagi, kini anda boleh download Application SAPS NKRA di Playstore, dengan aplikasi SAPS NKRA ini anda tidak perlu lagi buka website SAPS di browser, boleh terus ke aplikasi. Muat Turun SAPS NKRA di bawah.
Aplikasi SAPS ini adalah untuk pengguna Android sahaja. Semoga ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja anda untuk mengisi markah murid.

DOWNLOAD | BORANG PEREKODAN PERKEMBANGAN PELAJAR OFFLINE | TAHUN 1,2 DAN 3

Modul  Perekodan  Perkembangan  Pembelajaran  Murid  disediakan  bagi  membantu  guru merekod  perkembangan penguasaan  pembelajaran  murid  dalam  Pentaksiran  Sekolah  (PS) berpandukan  Panduan  Perkembangan  Pembelajaran  Murid  (PPPM)  yang  dibekalkan  oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Melalui Modul Perekodan ini, setiap guru mata pelajaran hanya perlu menanda pada Band yang telah dikuasai oleh murid  sepanjang proses PS  dalam bilik darjah  ATAU  setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir. 
Para guru boleh download modul perekodan di sini:

Khamis, 6 Oktober 2016

KOLEKSI SOALAN ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3

KOLEKSI SOALAN ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | TAHUN 3







KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1,2 DAN 3 | LEBIH 50 SOALAN PELBAGAI BENTUK


Salam. Sekadar Perkongsian. Tiada JSU. Boleh dijadikan bahan ulangkaji murid. 

*link dh update* 

Tahun 1 PDF [ KLIK SINI DAN SKIP ADS ]

Tahun 2 PDF [ KLIK SINI DAN SKIP ADS ]

 Tahun 3 PDF [ KLIK SINI DAN SKIP ADS ]

Selasa, 4 Oktober 2016

Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh 2017

Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh 2017. Kepada ibu bapa yang ada anak-anak ambil UPSR 2016, sukacita saya berkongsi info bahawa tarikh untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan satu (1) secara online ke sekolah berasrama penuh (SBP) untuk sesi 2017 akan bermula pada 15 Oktober 2016.

Jadi, sila catatkan tarikh tersebut pada kalendar anda ye. Permohonan secara online ini hanya akan dibuka selama sebulan sahaja, iaitu dari 15 Oktober sehingga 15 November 2016 sahaja.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017

DOWNLOAD | TEMPLATE PELAPORAN OFFLINE KSSR TAHUN 2 | SEMUA MATA PELAJARAN

Berikut disediakan pautan kepada para guru untuk memuaturun template pelaporan offline bagi semua mata pelajaran
 


DOWNLOAD | TEMPLATE PELAPORAN OFFLINE KSSR TAHUN 1| SEMUA MATA PELAJARAN

Berikut disediakan pautan kepada para guru untuk memuaturun template pelaporan offline kssr tahun 1 :