Rabu, 5 Oktober 2016

Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh 2017

Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh 2017. Kepada ibu bapa yang ada anak-anak ambil UPSR 2016, sukacita saya berkongsi info bahawa tarikh untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan satu (1) secara online ke sekolah berasrama penuh (SBP) untuk sesi 2017 akan bermula pada 15 Oktober 2016.

Jadi, sila catatkan tarikh tersebut pada kalendar anda ye. Permohonan secara online ini hanya akan dibuka selama sebulan sahaja, iaitu dari 15 Oktober sehingga 15 November 2016 sahaja.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017

Permohonan Online Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017
Setiap tahun, jumlah permohonan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tingkatan satu dan juga empat sentiasa sahaja bertambah. Al maklumlah, anak-anak sekarang semakin ramai yang bijak pandai.

Permohonan masuk ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) adalah merupakan antara alternatif terbaik untuk pelajar-pelajar lepasan darjah enam UPSR yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran. Selain daripada SBP, pelajar-pelajar UPSR boleh juga kemukakan permohonan untuk masuk ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Syarat Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Berikut adalah syarat-syarat tawaran untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh...
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
Pelajar atau murid yang mahu masuk ke tingkatan satu (1) SBP mestilah
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Murid atau pelajar Sekolah Kebangsaan;
  3. Cemerlang akademik;
  4. Aktif dalam kokurikulum.
Permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya boleh dilakukan menerusi online di laman web - http://www.moe.gov.my sahaja. 

Semoga dimanfaatkan sebaiknya.


Sumber Asal: hasrul hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan