Selasa, 1 November 2016

DOWNLOAD | SAPS NKRA | MUDAHKAN ANDA MASUKKAN MARKAH UJIAN

Memandangkan kita dah menghampiri penghujung sesi persekolahan, dan boleh dikatakan ketika ini Peperiksaan Akhir Tahun sedang berjalan dikebanyakan sekolah.

Guru-guru pula kini mungkin sedang sibuk menanda kertas soalan, maklumlah kadang-kadang tanda sampai 10 kelas, 1 kelas pula hampir 40 orang. Memang tak tidur malam lah jawabnya..

Selepas siap menanda kertas soalan, guru-guru akan memasukkan markah ujian ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

Waktu ini ramai yang terpaksa berjaga malam untuk memasukkan markah. SAPS ini telah dibuka sekarang, jadi kalau sudah siap menyemak kertas soalan, eloklah terus isi secepat mungkin, kalau di penghujung nanti dibimbangi berlaku kesesakan.

Bagi memudahkan lagi, kini anda boleh download Application SAPS NKRA di Playstore, dengan aplikasi SAPS NKRA ini anda tidak perlu lagi buka website SAPS di browser, boleh terus ke aplikasi. Muat Turun SAPS NKRA di bawah.
Aplikasi SAPS ini adalah untuk pengguna Android sahaja. Semoga ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja anda untuk mengisi markah murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan