Selasa, 31 Mac 2015

Koleksi Set Lengkap Huruf Hijaiyah

koleksi set huruf hijaiyah sesuai utk pengajaran pdp pendidikan islam dan juga bahasa arab..



untuk download set lengkap anda boleh klik > MUAT TURUN SET HURUF HIJAIYAH<

Ahad, 29 Mac 2015

Panduan Julat Markah untuk Sistem Gred Baru (2015) KPM

Panduan Julat Markah untuk Sistem Gred Baru (2015) KPM. Penetapan Julat Gred Pemarkahanuntuk Jenis-Jenis Peperiksaan Terkini di Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Merujuk Laman SAPSNKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, berikut adalah julat markah bagi peperiksaan dan ujian untuk Penetapan Gred bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.Penetapan Julat Markah dan Gred oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2015.

Sistem Gred dan Julat Permarkah Baru oleh KPM

Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Rendah

Julat Markah dan Gred untuk Darjah 6 (KBSR) Julat dan Gred yang lama masih digunakan
  • 80 - 100 --> A
  • 60 -- 79 --> B
  • 40 -- 59 --> C
  • 20 -- 39 --> D
  • 01 -- 19 --> E
  • 00 --------> TH


Julat Markah dan Gred untuk Darjah 4 dan Darjah 5 (KSSR) berikut ialah Sistem Julat dan Gred yang baru

  • 85 -- 100 --> A
  • 70 -- 84  --> B
  • 60 -- 69  --> C
  • 50 -- 59  --> D
  • 40 -- 49  --> E
  • 01 -- 39  --> F
  • 00 ---------> TH

Makluman 
Jika semua subjek mendapat E masih dikira (LULUS) Menguasai. 
Jika ada 1 subjek mendapat F maka keputusannya (GAGAL) Tidak Menguasai.


Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Menengah

Julat Markah dan Gred untuk Menengah Rendah (Ting 1 hingga 3)
  • 85 -- 100 --> A
  • 70 -- 84  --> B
  • 60 -- 69  --> C
  • 50 -- 59  --> D
  • 40 -- 49  --> E
  • 01 -- 39  --> F
  • 00 ---------> TH



Julat Markah dan Gred untuk Menengah Atas (Ting 4 dan 5)

  • 90 - 100 ---> A+
  • 80 - 89  ---> A
  • 70 - 79  ---> A-
  • 65 - 69  ---> B+
  • 60 - 64  ---> B
  • 55 - 59  ---> C+
  • 50 - 54  ---> C
  • 45 - 49  ---> D
  • 40 - 44  ---> E
  • 01 - 39  ---> G
  • 00 - 00  ---> TH


Makluman
Jika semua subjek mendapat E masih dikira (LULUS) Menguasai. 
jika ada 1 subjek mendapat F maka keputusannya (GAGAL) Tidak Menguasai.


Sistem Gred dan Julat Permarkah Baru oleh KPM


Kini, setelah persaingan yang semakin sengit, membuatkan satu mekanisma terkini perlu dilakukan yang mana Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan bagi sekolah rendah dan menengah dikemaskini. Hal ini dikatakan perlu agar penakrafan kualiti murid adalah pada aras tertinggi. 


Jenis-Jenis Peperiksaan


Sistem pendidikan sekolah di Malaysia dikatakan sudah mengalami transformasi, tetapi masih terikat dengan peperiksaan ataupun pentaksiran. Pentaksiran dilakukan untuk menguji sejauh mana pencapaian murid dalam satu-satu aspek, bidang, tema, tajuk yang telah dipelajari. Berikut ialah Jenis Peperiksaan Sumatif untuk D4, D5, T1, T2 dan T3 (PBS)

Untuk murid D4, D5, T1 dan T2

  • Ujian 1 / Sumatif 1
  • Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3


Untuk murid T3

  • Ujian 1 / Sumatif 1
  • Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
  • PT3 (masih dalam perbincangan. Gred sahaja)

Julat Markah bagi Gred Peperiksaan dan UjianTahun 2015

Panduan Julat Markah bagi Penetapan Gred dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Kementerian Pelajaran Malaysia. Penetapan Julat Gred Pemarkahan untuk Jenis-Jenis Peperiksaan Terkini di Sekolah-sekolah  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sabtu, 28 Mac 2015

Fakta Tentang PBPP Yang Perlu Seorang Guru Ambil Tahu

PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Soalan sering ditanya mengenai PPPB dan PBPPP

  • Adakah Isi Fail PPPB dan PBPPP adalah benda yang sama
  • Benarkah File PPPB sub bahagian (komponen) untuk PBPPP
  • Bolehkan Menggabungkan File Profile PPB bersama File PBPPP

Apakah PPPB

PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.

Apakah PBPPP

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan


Profil PPB Individu (File PPPB)

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File.

Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.
— Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama: 
Jawatan:
Tempat Bertugas: 

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

PBPPP: Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Penilaian Bersepadu PBPPP, Instrumen PBPPP, Bahan-Bahan Profil PPB Individu Guru dan sebagainya sila LIKE PAGE FB KOLEKSIBBM >SINI<. Kerana Link mengenai PBPPP akan dikemaskini di halaman ini dari masa ke semasa. In Sha Allah semoga Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru dapat membantu dan bermanfaat untuk warga pendidik semua.

Isnin, 23 Mac 2015

Download Kad Imbasan Nama-Nama Malaikat

Download Kad Imbasan Nama-Nama Malaikat



admin sediakan untuk anda semua .. koleksi nama-nama malaikat ..sesuai digunakan dalam pnp pendidikan islam  bagi murid tahap 1 dan 2

Anda boleh download dengan klik SINI

Ahad, 22 Mac 2015

Tutorial Bergambar : Bagaimana Convert Gambar Sebagai PDF Menggunakan Power Point

disini admin telah sediakan tutorial bergambar bagaimana untuk convert  format gambar kepada format pdf hanya dengan menggunakan microsoft office power point...

klik pada gambar utk lebih jelas..


Sabtu, 21 Mac 2015

Buku Mini Sifir 1 Hingga 12

Buku Mini Sifir 1 Hingga 12

anda hanya perlu print dan gabungkannya menjadi sebuah buku mini..
seterusnya anda minta setiap murid utk membaca sifir dan menghafalnya di hadapan anda..
semoga ianya bermanfaat utk semua..






Jumaat, 20 Mac 2015

Tutorial : Bagaimana Convert File Daripada PDF Kepada Word

Tutorial : Bagaimana Convert File Daripada PDF Kepada Word

sangat mudah.. anda hanya perlu klik dan buka laman > onlineconverter

atau nak lebih jelas anda boleh ikuti tutorial bergambar dibawah... klik pada gambar




'






 Anda inginkan lebih tutorial bergambar klik SINI

TUTORIAL : Bagaimana Save Bahan Daripada Facebook

TUTORIAL : Bagaimana Save Bahan Daripada Facebook

admin ambik contoh daripada group ALAT BANTU MENGAJAR FREE...

anda boleh lihat daripada screen captured yg disediakan dibawah
utk lebih jelas anda boleh klik pada gambar :)







Tutorial Bagaimana Membuang Background Pada Gambar

Tutorial Bagaimana Membuang Background Pada Gambar..

anda boleh lihat pada gambar yang disediakan di bawah

Pastikan anda telah membuka microsoft powerpoint pada laptop atau komputer peribadi anda

untuk lebih jelas..sila klik pada gambar...




Huruf Lengkap ABC Versi Puzzle

Huruf Lengkap ABC Versi Puzzle

sesuai digunakan untuk prasekolah dan juga murid-murid pemulihan 
Guru hanya perlu Save File ini dan print seterusnya guntingkan mengikut garisan yang telah diberikan..




selamat mencuba...

Rabu, 18 Mac 2015

Cara Menulis Huruf A Hingga Z Dengan Betul

Cara menulis huruf A hingga Z dengan betul. 

Anda boleh muat turun di SINI dan dapatkan password di > SINI <

Selasa, 17 Mac 2015

Download - Koleksi Penjodoh Bilangan Beserta Gambar

Admin sediakan untuk anda 96 Penjodoh bilangan. Yang menariknya ianya disertakan sekali dengan gambar untuk memudahkan murid memahami dan seterusnua mengingati..



untuk download FILE KOLEKSI PENJODOH BILANGAN + GAMBAR > KLIK SINI <

KLIK SINI JUGA> TQ FOR VISITING

sertai fb page koleksi bbm > SINI <


Isnin, 16 Mac 2015

Tutorial Bergambar -Download Video Youtube Dengan Menggunakan Keepvid

sebelum ni admin dah sediakan tutorial bergambar bagaimana download video dari youtube dengan mudah. anda boleh baca di > SINI <.

JANGAN LUPA LIKE OFFICIAL PAGE KOLEKSI BBM DI > SINI <

dan sertai GROUP KOLEKSI BAHAN BANTU BELAJAR > DI SINI <




Hari ini admin nak kongsi satu cara lagi bagaimana download video dari youtube. Pada kali ini, kita akan menggunakan keepvid.com ( sila klik utk lebih info )



anda boleh refer gambar dibawah bersama penerangan...








Koleksi Doa Harian

Koleksi doa harian yang mana boleh guru-guru lekatkan di ruangan pendidikan islam..
sesuai untuk bacaan murid dan pnp guru pendidikan islam..


semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama mendapat keberkatan

contoh file , anda boleh view dengan klik > SINI <

Tutorial Bergambar : Cara Download Video Dari Youtube Dengan Mudah

ramai antara kita masih belum mengetahui bagaimana cara untuk memuat turun atau dengan kata lain download video dari youtube. 



pastikan anda telah menginstall > internet download manager> disini

Sebenarnya ianya sangat MUDAH . disini admin sediakan langkah bergambar bagaimana cara mendownload video dari youtube dengan menggunakan laman > savefrom.net







Ahad, 15 Mac 2015

Kreatif : Label Jam Untuk Ajar Murid Konsep Waktu Dan Masa

admin terjumpa idea ni didalam facebook, jadi admin nak kongsikan idea ni dengan follower KOLEKSIBBM...

ini adala hasil hiasan jam yang telah siap..


anda hanya perlukan 12 batang aiskrim yang boleh didapati di kedai DIY dan juga kad minit yang anda boleh copy daripada gambar dibawah ataupun di KLIK SINI